FunnelEvo tawar RM100,000 buat usahawan

Pendaftaran mula dibuka pada 14 April sehingga 17 April ini khas untuk usahawan yang telah memulakan perniagaan dan usahawan baharu.
Pendaftaran mula dibuka pada 14 April sehingga 17 April ini khas untuk usahawan yang telah memulakan perniagaan dan usahawan baharu.
A
A
A

SHAH ALAM - FunnelEvo Sdn Bhd (FunnelEvo) menawarkan RM100,000 kepada usahawan yang ingin mengautomasikan perniagaan menerusi platform sistem SalesKip.

FunnelEvo dalam satu kenyataan memaklumkan, sistem tersebut membantu peniaga menguruskan perniagaan secara automatik dengan lebih cepat dan terurus tanpa menggunakan platform manual seperti WhatsApp.

“Untuk membantu peniaga automasikan perniagaan dengan lebih cepat dan terurus ini, program 'RM100K Challenge: Automasi Bisnes Online (Edisi Raya)' akan dibuka hanya kepada 2,000 pendaftar terawal.

“Dalam cabaran ini, peserta akan diberi tunjuk ajar dalam proses membina kedai secara dalam talian menggunakan sistem SalesKip dan juga kelas pemasaran bernilai RM4,999 secara percuma selama lima hari,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Sistem SalesKip diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FunnelEvo, Fahdi Ghazali yang juga dikenali sebagai Pakar Pemasaran Digital di Malaysia.

Mengulas lanjut, FunnelEvo berkata, sepanjang cabaran tersebut berlangsung, peserta yang mendapat penjualan paling tinggi akan diberikan hadiah wang tunai sehingga RM100,000.

“Cabaran ini akan berlangsung selama setahun dan ia dipecahkan melalui beberapa edisi. Edisi pertama akan bermula dengan Edisi Raya yang akan berlangsung selama dua bulan.

“Pendaftaran mula dibuka pada 14 April sehingga 17 April ini khas untuk usahawan yang telah pun memulakan perniagaan dan usahawan baharu. Justeru, bagi mereka yang berminat boleh mendaftar di ‘Waiting List’ terlebih terdahulu.

Artikel Berkaitan:

“Manakala, bagi mereka yang belum menjalankan perniagaan secara atas talian tetapi berminat untuk mendapatkan komisyen, mereka boleh menyertai program 'affiliate',” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari https://cabaran100k.com.