Kes Covid-19 kembali melonjak, 1,767 kes baharu

DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes harian positif Covid-19 dilihat tidak stabil apabila ia kembali melonjak kepada 1,767 kes pada Selasa berbanding 1,317 kes pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini adalah 363,940 kes.

"Sarawak kekal negeri tertinggi melaporkan kes iaitu (607), diikuti Selangor (483), Kuala Lumpur (133) dan Sabah (117) serta Kelantan (103)," katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Selasa.

Menurutnya, Pulau Pinang merekodkan 92 kes, Johor (74), Kedah (39), Perak (36), Melaka (17), Pahang (14), Terengganu (13).

"Putrajaya (tujuh) dan Labuan (tiga) manakala tiada pertambahan kes direkodkan di Perlis," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!