Pemandu lori didenda pindah babi tanpa kebenaran

Pemandu lori didenda kerana memindahkan babi tanpa kebenaran. Gambar Hiasan
Pemandu lori didenda kerana memindahkan babi tanpa kebenaran. Gambar Hiasan
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pemandu lori didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah memindahkan tiga ekor babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Majistret Nurul Huda Idris turut memerintahkan Oon Keng Hock, 28, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Keng Hock didakwa memindahkan tiga ekor babi hidup di hadapan pagar sebuah rumah di Tasek Gelugor menggunakan lori tanpa mendapat kebenaran bertulis pengarah negeri atau mana-mana pihak berkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang pada 11.58 pagi, 8 Disember 2020.

Pertuduhan mengikut Perintah 4 (1)(a) Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) 2003 perintah bawah Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 36(7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452) yang membawa hukuman denda maksimum RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Negeri Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Artikel Berkaitan: