Kerjasama Pas-UMNO buat Tun M panik?

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa gusar dengan kekuatan kerjasama UMNO-Pas yang menggugat sokongan rakyat terhadap PH terutama Bersatu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mendakwa, sebab itulah Dr Mahathir menggunakan sepenuhnya pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melakukan sesuatu bagi 'merosakkan' hubungan UMNO-Pas.

"Ini pada saya permainan dan perang psikologi oleh Dr Mahathir yang berpengalaman namun boleh juga dibaca permainannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tidak sokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih: Mahathir

UMNO percaya Pas, bukan Tun Mahathir

"Oleh itu kita harus berwaspada kerana kita yakin banyak lagi perkara lain yang beliau akan lakukan bagi memecahkan hubungan UMNO-Pas," dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa Pas tidak akan memberi sokongan kepada BN dalam PRK DUN Semenyih yang akan berlangsung 2 Mac ini.

Katanya, pendirian Pas tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani sendiri oleh Presiden Pas.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, berasaskan beberapa rekod Dr Mahathir sejak kebelakangan ini, sukar untuk mempercayai apa yang beliau cakap.

"Apatah lagi jelas kelihatan sokongan dan kerjasama UMNO-Pas di PRK Semenyih ini sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat berjalan dengan baik malah lebih tersusun berbanding beberapa PRK sebelum ini," katanya.

Justeru, katanya, tidak nampak kebenaran apa yang disebut oleh Dr Mahathir, lebih-lebih lagi beberapa kenyataan pimpinan Pas mengenai isu ini juga memperlihatkan penafian mereka mengenainya.