Penjual nasi kuning mirip artis Korea, Lee Min Hoo

Wajah Doddy Angga Andrianto tular di laman sosial selepas dikaitkan mirip artis Korea, Lee Min Hoo. - Foto Tribunnews
Wajah Doddy Angga Andrianto tular di laman sosial selepas dikaitkan mirip artis Korea, Lee Min Hoo. - Foto Tribunnews
A
A
A

SAMARINDA - Seorang jejaka menjual nasi kuning di Samarinda Kalimantan Timur dikatakan mirip artis popular Korea, Lee Min Hoo sehingga mencuri perhatian pengunjung dan warganet selepas wajahnya tular di laman sosial.

Doddy Angga Andrianto, 27, merupakan graduan Universiti Mulawarman dalam bidang ekonomi perniagaan nekad membantu ibunya menjual hidangan popular berkenaan selepas menganggur, lapor Tribunnews.

Oleh kerana tuah pada wajahnya persis artis Korea, perniagaan ibunya semakin laris dan mendapat keuntungan kerana rata-rata pengunjung ke gerai mahu berswafoto dengan Doddy.

Menurut Doddy, ramai mengatakan wajahnya seakan artis Korea, Siwon, selain artis China, Andi Lau dan artis Indonesia, Boy William.

"Bila bertemu, ramai kata saya seperti mereka tetapi saya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak gemar dibandingkan dengan artis terkenal.

"Namun saya bersyukur ramai mengenali dan mendapat sokongan rakan-rakan," katanya.

Doddy merupakan jurulatih kecergasan turut menyertai pertandingan bina badan berikutan kesukaran mendapatkan pekerjaan sesuai.

"Ketika ini sukar mendapat pekerjaan. Jadi saya membantu ibu bapa mengusahakan nasi kuning. Pada masa sama menyertai pertandingan bina badan.

Artikel Berkaitan:

"Buat masa ini saya belum peroleh kejayaan tetapi saya akan berusaha sehingga berjaya," katanya.

Doddy sebelum ini ditamatkan kontrak perkhidmatan pekerja dalam bidang pelancongan pada tahun 2009.