Cari lokan untuk beli dadah

Bekas anggota tentera yang ditahan selepas rumah keluarganya di Kampung Benting Lintang, Besut diserbu pagi Sabtu.- Foto Ihsan AADK Besut
Bekas anggota tentera yang ditahan selepas rumah keluarganya di Kampung Benting Lintang, Besut diserbu pagi Sabtu.- Foto Ihsan AADK Besut
A
A
A

BESUT- Seorang bekas anggota tentera ditahan apabila rumah keluarganya di Kampung Benting Lintang di sini diserbu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, lelaki berusia 39 tahun itu yang berkhidmat sebagai anggota tentera selama 12 tahun turut mengaku diberhentikan perkhidmatan selepas kantoi terbabit dengan dadah.

Selain hilang pekerjaan, dia turut kehilangan orang tersayang apabila rumahtangga yang dibinanya musnah akibat dadah.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, kehidupan duda anak dua itu kini ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

"Bagi menanggung perbelanjaan hariannya termasuk untuk membeli bekalan barang terlarang itu, dia bekerja sebagai pencari lokan dengan berpendapatan lebih kurang RM400 sebulan.

"Dia mengakui pendapatannya itu bergantung nasib, sekiranya nasibnya baik, maka banyaklah pendapatan diperolehnya. Jika sebaliknya, dia terpaksa menahan ketagihan itu sementara kerana duit diperoleh itu akan diutamakan untuk perbelanjaan harian keluarga termasuk dua anak yang masih bersekolah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Kata Noor Hafizza lagi, saringan ujian air kencing lelaki itu mendapati dia positif pil kuda.

Noor Hafizza berkata, dalam operasi kira-kira jam 1 hingga 11 pagi itu, turut ditahan ialah seorang penjawat awam dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kuala Besut di sini kira-kira jam 1.30 pagi.

Artikel Berkaitan:

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berusia 38 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Antara mereka yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Besut untuk tindakan lanjut. - Foto Ihsan AADK Besut
Antara mereka yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Besut untuk tindakan lanjut. - Foto Ihsan AADK Besut

Menurutnya, kedua-dua individu berkenaan merupakan antara 13 individu berusia antara 18 hingga 39 tahun yang ditahan dalam Ops Cegah yang di sekitar daerah ini yang disertai seramai 11anggota dan pegawai AADK Besut.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati hanya dua individu yang ditahan didapati negatif pengambilan barang terlarang itu.

"Kesemua ditahan akan disiasat di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998," katanya,