Haaland kekal bersama Dortmund

Erling Haaland
Erling Haaland
A
A
A

PENYERANG sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland akan terus kekal bersama kelab Jerman itu sekali gus menepis khabar angin akan berpindah ke pasukan lain musim depan.

Perkara itu disahkan pengarah kelab, Michael Zorc yang menjelaskan Haaland akan berada di kelan tersebut sehingga kontraknya tamat pada 2024.

"Kami tetap berpegang dengan kontrak yang dimiliki ketika ini. Kami juga telah berbincang dengan Haaland dan kami mempunyai perancangan jelas untuk menghadapi musim baharu dengan pemain itu.

"Saya juga sudah berbincang dengan Mino Raiola (ejen Haaland) dan telah menjelaskan perancangan kami itu dengan teliti kepada semua pihak termasuk Raiola," katanya.

Sebelum ini, Haaland dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan gergasi Eropah selepas menampilkan persembahan cemerlang bersama Dortmund dengan menjaringkan 49 gol daripada 52 penampilan.

Prestasi memukau Haaland itu membuatkan beberapa kelab besar seperti Barcelona, Real Madrid dan Manchester City berminat untuk mendapatkan pemain berusia 20 tahun itu.

"Kami menyedari banyak pasukan mahu mendapatkan khidmat Haaland, namun kami merasakan bahawa dia perlu terus kekal di sini kerana dia tonggak utama pasukan. Mungkin selepas kontraknya berakhir, pasukan yang berminat dengannya boleh kembali mengemukakan tawaran," katanya.

Artikel Berkaitan: