Umat Islam tunai solat tarawih di Masjidil Haram

Sejumlah umat Islam dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan solat sunat tarawih di Masjidil Haram, Makkah pada Isnin. - Foto SPA
Sejumlah umat Islam dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan solat sunat tarawih di Masjidil Haram, Makkah pada Isnin. - Foto SPA
A
A
A

RIYADH - Sejumlah umat Islam mengerjakan solat sunat tarawih di dua buah masjid suci di Makkah dan Madinah, Arab Saudi pada malam Isnin walaupun terdapat langkah langkah ketat dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Portal berita Arab News melaporkan, pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz pada Ahad mengeluarkan arahan membenarkan masjid-masjid di seluruh negara tersebut mengerjakan solat tarawih.

Bagaimanapun, jumlah rakaat yang dibenarkan ialah 10 berbanding 20 rakaat pada tahun-tahun sebelumnya.

Ia merupakan solat tarawih pertama yang dibenarkan kerajaan selepas Arab Saudi menggantung solat sunat tersebut di kedua-dua masjid pada tahun lepas.

Hanya jemaah yang sudah menerima vaksin Covid-19 dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Denda yang tinggi akan dikenakan kepada umat Islam yang tidak mematuhi peraturan itu yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan Covid-19.

Sejumlah kakitangan ditempatkan di pintu-pintu masuk bagi memastikan umat Islam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan kerajaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: