Polis terima dua laporan kes Syed Saddiq diserang

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan selepas membuat laporan polis mengenai kejadian kekecohan yang berlaku ke atas dirinya di Semenyih pagi tadi di Balai Polis Sungai Way hari ini. - Foto Bernama
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan selepas membuat laporan polis mengenai kejadian kekecohan yang berlaku ke atas dirinya di Semenyih pagi tadi di Balai Polis Sungai Way hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KAJANG - Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima laporan berhubung insiden yang berlaku setelah selesainya majlis penamaan calon PRK DUN Semenyih di Dewan Seri Cempaka, tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan pertama pada jam 1.20 petang daripada anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang.

"Dalam laporan pertama itu, seorang individu mendakwa telah dikasari dan dipukul dari arah belakang oleh suspek yang tidak dikenal pasti dalam usahanya menyelamatkan Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang diserang oleh sekumpulan penyokong parti BN," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Selangor siasat semua penyerang Syed Saddiq

Beliau berkata, pihak polis mengklasifikasikan siasatan ini di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

"Manakala laporan polis kedua pula telah diterima pada jam 2.30 petang daripada Syed Saddiq yang dibuat di Balai Polis Sg Way Petaling Jaya," katanya.

Beliau berkata, dalam laporan tersebut Syed Saddiq mendakwa telah diserang oleh sekumpulan penyokong BN.

"Siasatan kes telah diklasifikasikan di bawah seksyen 147/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatang kecederaan dan merusuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan boleh menyalurkan maklumat dan boleh berhubung terus kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Radzee Jamudi di talian 0196655811 dan Inspektor Sallena di talian 0176424007.