Polis nasihat semak dahulu mesej daripada kenalan

Arjunaidi
Arjunaidi
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai diminta berhati-hati sekiranya menerima WhatsApp daripada kenalan terutama sekiranya ia melibatkan urusan meminjam wang atau urusan penting yang lain.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini perlu bagi mengelakkan seseorang daripada menjadi mangsa scammer yang menyamar sebagai kenalan atau saudara-mara.

“Kes melibatkan pengambil alihan akaun WhatsApp ini memang sudah lama berlaku.

“Scammer ini mengambil alih akaun WhatsApp individu lain dan menyamar sebagai individu tersebut.

“Bila scammer ini menghantar WhatsApp kepada kenalan mangsa atau saudara untuk pinjam wang dan sebagainya, akan berlakulah penipuan apabila duit dimasukkan, bukan ke akaun bank mangsa sebaliknya kepada scammer yang telah merampas akaun WhatsApp tersebut.

“Jadi perlu berhati-hati dalam soal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemberian Surat Penghargaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan: