Bumbung Masjid Al-Imam Ash-Shafie runtuh susulan hujan lebat

Struktur yang jatuh di ruang solat masjid.
Struktur yang jatuh di ruang solat masjid.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bumbung Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri di sini runtuh susulan kejadian hujan lebat dan angin kencang pada petang Isnin.

Perkara itu dikongsikan di Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang memaklumkan insiden itu telah menyebabkan ruang solat dimasuki air.

"Salam Ramadan buat semua. Susulan hujan lebat dan angin kencang petang tadi (Isnin), struktur bumbung masjid telah runtuh dan hujan telah membanjiri ruang solat," menurut kenyataan itu pada Isnin.

Kenyataan sama menyebut, pasukan pembangunan telah turun padang pada malam kejadian bagi menilai tahap kerosakan dan keselamatan.

" Kerja pembaikan akan segera dilaksanakan selepas ini. JAWI responsif, setiap aduan pasti Kami santuni," katanya.

Hujan lebat petang Isnin menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang dilaporkan antaranya menghempap sebuah sebuah rumah di Jalan Perkasa, Taman Maluri yang menyebabkan seorang ibu bersama empat anak terperangkap di dalamnya berjaya dibawa keluar dan tidak mengalami kecederaan.

Selain itu, perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling turut berlaku susulan pokok tumbang di trek sekitar Stesen Maluri, Pandan Jaya, Chan Sow Lin dan Cheras, yang terletak di atas tanah (at grid).

Beberapa kenderaan juga dilaporkan terperangkap dan ada di antaranya mengalami kerosakan dihempap pokok tumbang terutamanya di beberapa lokasi sekitar Jalan Perkasa, Taman Maluri.

Artikel Berkaitan: