TNB usaha tingkatkan penglibatan vendor tempatan

TNB sedang dalam strategi meningkatkan penyertaan vendor tempatan dalam agihan projek pembekalan elektrik negara.
TNB sedang dalam strategi meningkatkan penyertaan vendor tempatan dalam agihan projek pembekalan elektrik negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang dalam strategi meningkatkan penyertaan vendor tempatan dalam agihan projek pembekalan elektrik negara.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, peningkatan tersebut bukan hanya melibatkan pertambahan kuantiti tetapi nilai tambah yang dapat diberikan oleh vendor tempatan terhadap industri utiliti negara itu.

Menurutnya, TNB ketika ini sedang mempersiapkan vendor tempatan melalui pendedahan dan pembelajaran mengenai peluang yang terdapat dalam industri tersebut.

“Sebagai contoh kita mempunyai projek ‘Smart Meter’. Ketika kita mulakan tiga tahun lalu, boleh dikatakan 90 peratus daripada import.

“Jadi, kini kita sedang menyediakan vendor tempatan dari segi pemasangan dan pengilangan supaya peratus penglibatan vendor tempatan dalam smart meter mencapai kadar 100 peratus dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang media di Majlis Hari Terbuka TNB yang dirasmikan oleh Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini pada Isnin.

Baharin berkata, TNB juga memberikan pendedahan dan pembelajaran kepada vendor tempatan supaya mereka memberikan produk yang mempunyai nilai tambah yang baik

Menurutnya, penglibatan vendor tempatan dalam industri elektrik negara kini berada pada tahap 53 peratus.

Pada masa sama, Bahrin memaklumkan bahawa sejak 2016, nilai perolehan pemasangan meter pintar yang diperoleh vendor tempatan ialah sebanyak RM1.2 bilion.

Artikel Berkaitan:

Katanya, projek meter pintar yang dimulakan pada 2016 itu telah membuka peluang pelaburan kepada pengilang dan pembekal tempatan bagi memenuhi keperluan meter, infrastruktur telekomunikasi dan perisian yang berkaitan.

“Nilai perolehan bagi projek tersebut untuk tempoh tiga ke empat tahun akan datang dijangkakan bernilai RM 1.5 bilion,” katanya.