Salji hitam turun di bandar Rusia

Sebuah kenderaan dilitupi salji hitam di bandar Kemerovo
Sebuah kenderaan dilitupi salji hitam di bandar Kemerovo
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Wilayah Kemerovo Oblast di Rusia mengalami kejadian pelik sejak beberapa hari lalu selepas beberapa bandar dilitupi salji hitam.

Rakaman kejadian menakutkan itu tular di media sosial dan netizen memberi pelbagai andaian di sebalik fenomena luar biasa tersebut.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di bandar Kemerovo, Prokopyevsk, Kiselyovsk dan Novokuznetsk.

Kemerovo memiliki salah satu lombong arang batu terbesar di dunia dan paling terjejas apabila salji hitam meliputi kawasan seluas 70,000 kilometer persegi.

Misteri salji hitam itu bagaimanapun terjawab, selepas penyiasat mendapati berlaku kerosakan pada sistem penapis udara di salah sebuah lombong arang batu di bandar tersebut.

Menurut media Rusia, pejabat pendakwa raya tempatan kini telah memulakan siasatan ke atas insiden itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: