Aifa, Ivan ungguli Kejohanan Skuasy SRAM PSA 1

Ivan dan Aifa mengungguli Kejohanan Skuasy SRAM PSA 1. - Foto Squash Racquets Association of Malaysia
Ivan dan Aifa mengungguli Kejohanan Skuasy SRAM PSA 1. - Foto Squash Racquets Association of Malaysia
A
A
A

PEMAIN skuasy kebangsaan, Aifa Azman menjuarai Kejohanan Skuasy SRAM PSA 1 selepas menundukkan Ooi Kah Yan 3-0 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini pada Isnin.

Dalam perlawanan akhir selama 22 minit, pemain berusia 20 tahun dari Kedah itu menewaskan Kah Yan, pemain pilihan keempat kejohanan, 11-9, 11-5, 11-8.

“Sangat gembira dengan kemenangan ini, terima kasih kepada SRAM (Persatuan Raket Skuasy Malaysia) kerana memberi peluang kepada kami untuk bertanding dalam kejohanan ini. Saya menyasarkan untuk bertanding dalam kejohanan lebih besar selepas ini,” kata beliau yang kini berada di ranking ke-64 dunia.

Kedua-dua mereka mara ke final selepas menewaskan pemain handalan di separuh akhir dengan Kah Yan menundukkan pemain nombor satu negara Low Wee Wern sementara Aifa mengejutkan pemain nombor tiga Malaysia, Rachel Arnold.

Seterusnya dalam kategori lelaki, pemain teratas Ivan Yuen menewaskan pemain pilihan kedua Mohd Syafiq Kamal 16-14, 9-11, 11-3, 11-4 dalam perlawanan akhir yang mengambil masa 40 minit.

Ivan mengalahkan pilihan ketiga Addeen Idrakie sementara Mohd Syafiq menumpaskan Elvinn Keo pada separuh akhir.

Artikel Berkaitan: