Norismadi teraju baharu SAM

Norismadi (empat dari kanan) bersama barisan Exco baharu SAM. Foto: Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969
Norismadi (empat dari kanan) bersama barisan Exco baharu SAM. Foto: Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969
A
A
A

PENERBIT Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norismadi Abd Manap memenangi jawatan Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) bagi tempoh 2020-2023.

Norismadi menang tipis setelah meraih 47 undi untuk mengatasi penyandang jawatan itu, Datuk Jasni Shafie yang memperoleh 46 undian, manakala satu undi rosak ketika pemilihan semula dijalankan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.

Pemilihan semula terpaksa diadakan selepas kedua-duanya terikat dengan 51 undi pada mesyuarat agung tritahunan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) SAM pada 3 April lalu di sebuah hotel di Kelana Jaya.

Sementara itu, Norismadi berkata, beliau akan membentuk kerjasama yang kolektif bersama kepimpinan baharu SAM untuk memajukan persatuan itu pada masa depan.

“Saya juga akan memperkemas senarai keahlian dan perlembagaan SAM kerana didapati begitu banyak usul ahli-ahli untuk memperkemaskan perlembagaan SAM,” katanya selepas memenangi jawatan berkenaan pada Isnin.

Pada masa sama, Norismadi berpendapat kerjasama antara SAM dan Kementerian Belia Sukan perlu dipertingkatkan terutamanya bagi memudahkan pengamal media untuk membuat liputan temasya sukan berprestij seperti Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.

Senarai Exco baharu SAM

------------------------------------

Artikel Berkaitan:

PRESIDEN

Norismadi Abd Manap (RTM)

TIMBALAN PRESIDEN

Ahmed Faisal Jamal (RTM)

NAIB PRESIDEN

Mohd Hazreen Nor Mubarak (TV3)

Mohd Hafizal Hamad (Astro Arena)

SETIAUSAHA AGUNG

Asan Ahmad (hubmedia)

BENDAHARI

Azhari Mohd Yusop (Sports Images Malaysia)

EXCO

Zuriati Zulmi (Bernama),

Ku Mohd Lufti Ku Yahya (Sports247)

Mohammad Rozaidi Zulkifl (Utusan Malaysia)

Wan Nor Bazly Wan Azmi (Astro Arena)

Ajitpal Singh Dhaliwal (NST).