X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga pendekatan SPRM perangi rasuah

Alexanders S Kunghi
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan tiga pendekatan dalam usaha menangani isu rasuah dan integriti di negara.

Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Alexanders S Kunghi berkata, antara pendekatan tersebut ialah bekerjasama dengan pihak sekolah menubuhkan Wira Antirasuah (WAR) dan mewujudkan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

“Program WAR bertujuan membudayakan nilai amanah, jujur dan tidak mengambil hak orang lain.

“AMAR pula untuk menerapkan nilai antirasuah dan penyalahgunaan kuasa di samping menjadikan mereka sebagai penyampai mesej antirasuah di dalam kampus atau luar kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program pengumuman Gabungan #RasuahBusters (Coalition of the Willing) dan Pelancaran Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah di Kompleks Karangkraf pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak SPRM turut melaksanakan program ikrar bebas rasuah di peringkat badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengingatkan organisasi berkenaan bahawa rasuah itu adalah jenayah.

“Selain itu, setiap syarikat dan juga badan korporat bertanggungjawab melaporkan rasuah. Jika salah seorang daripada kakitangan mereka terlibat rasuah, mereka perlu lapor dengan segera,” katanya.

Beliau turut menyokong penuh inisiatif Gabungan #RasuahBusters kerana ia secara tidak langsung menyokong perkara yang dilakukan oleh SPRM ketika ini khususnya dalam usaha membanteras rasuah di negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Program '100 Juta Langkah Menentang Rasuah' dilancar

ARTIKEL BERKAITAN: #RasuahBusters bergabung dengan lebih 100 'Coalition of the Willing'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!