Kartel daging: 36 pengarah, pengurus syarikat dibebas dengan jaminan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pakatan jahat melibatkan 19 syarikat pengedar daging dengan pengimport daging sejuk beku dari Brazil terbongkar apabila seramai 36 orang suspek ditahan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan pakatan jahat melibatkan 19 syarikat pengedar daging dengan pengimport daging sejuk beku dari Brazil terbongkar apabila seramai 36 orang suspek ditahan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 36 pengarah dan pengurus syarikat yang ditahan di seluruh negara dalam Op Kartel Daging pada Jumaat lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Johor, Datuk Md Yusof Ahmad berkata, siasatan ke atas mereka hampir selesai dan dibebaskan selepas tempoh reman sehari tamat.

"Kita sudah merakamkan keterangan mereka dan mendapat dokumen yang diperlukan seperti invois sebelum dibebaskan.

"Kini polis dalam proses untuk melengkapkan siasatan. Sekiranya sudah memperoleh maklumat mencukupi, kita akan tuduh secepat mungkin," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mendedahkan pakatan jahat 19 buah syarikat berkomplot mengedar daging import sejuk beku dari Brazil melebihi had permit dan menggunakan kotak berlogo halal bagi mengelirukan penjual.

Huzir berkata, siasatan mendapati kesemua 19 syarikat itu telah berkomplot dengan sebuah pengimport daging sejuk beku import yang sah sejak 2018 hingga tahun lalu.

Tambah Huzir, syarikat pengimport itu mengedarkan lebih daripada 1,000 tan daging sejuk beku kepada 202 syarikat dan mengaut keuntungan sehingga RM52 juta setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel daging: Pakatan jahat 19 syarikat, pengimport terbongkar

Artikel Berkaitan: