Penduduk Pulau Ambon berpuasa lebih awal

Desa tersebut berpuasa lebih awal mengikut jadual ditetapkan oleh imam dan seramai 12 penghulu masjid berdasarkan kalendar falak kuno. - Foto Agensi
Desa tersebut berpuasa lebih awal mengikut jadual ditetapkan oleh imam dan seramai 12 penghulu masjid berdasarkan kalendar falak kuno. - Foto Agensi
A
A
A

AMBON - Penduduk di beberapa perkampungan di Pulau Ambon, Kepulauan Maluku di Indonesia telah menjalani ibadah puasa Ramadan lebih awal bermula Ahad dan Isnin.

Mereka terdiri daripada penduduk di lima desa di Kecamatan Leihitu dan Salahutu, Kabupaten Maluku Tengah.

Media tempatan melaporkan penduduk Desa Wakal di Kecamatan Leihitu dan Tengahtengah (Kecamatan Salahutu) menjalankan ibadah Rukun Islam ketiga itu kira-kira dua hari lebih awal selepas diumumkan oleh imam dan pengurus masjid setempat ketika solat Jumaat pada minggu lalu.

“Penduduk di dua desa terbabit sudah menunaikan solat sunat tarawih pada malam Sabtu,” ujar seorang penduduk.

Pada tahun lalu, kedua-dua desa tersebut juga berpuasa lebih awal mengikut jadual ditetapkan oleh imam dan seramai 12 penghulu masjid berdasarkan kalendar falak kuno.

Sementara itu, penduduk desa Hila, Kaitetu dan Seith di Kecamatan Leihitu mula menunaikan solat tarawih pada malam Ahad dan berpuasa pada Isnin. - Agensi

Artikel Berkaitan: