X

Kindly register in order to view this article
!

Umat Islam bersyukur boleh imarah masjid

Muhyiddin
A
A

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia perlu bersyukur kerana kebanyakan masjid dan surau sudah mula dibuka untuk solat fardu, solat Jumaat, solat tarawih dan majlis ilmu pada Ramadan kali ini, situasi yang berbeza jika dibandingkan dengan tahun lalu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada Ramadan tahun lalu, umat Islam banyak melakukan ibadah di rumah sahaja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

"Walaupun begitu saya ingin terus berpesan agar kita berdisiplin dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal, tidak bersalaman dan kerap menggunakan pensanitasi," katanya dalam ucapan sempena sambutan Ramadan yang disiarkan di saluran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sambil mengucapkan selamat berpuasa, Muhyiddin berkata, Ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana ia merupakan bulan penuh keberkatan dan boleh mendidik manusia menjadi insan bertakwa.

"Semoga Allah mempermudah dan menerima ibadah lain kita sepanjang Ramadan ini, insya-Allah. Selamat Berpuasa," katanya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada esok, 13 April. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!