Wanrazuhar kekal jawatan Presiden Pemuisi

Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi). Gambar kecil: Radzuan Ibrahim
Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi). Gambar kecil: Radzuan Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM – Datuk Dr Radzuan Ibrahim mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi) yang disandang sejak penubuhan persatuan tersebut tiga tahun lalu pada Mesyuarat Agung Tahunan yang ketiga di pejabat Pemuisi.

Radzuan yang juga seorang pemuisi dengan nama pena Wanrazuhar berkata, mesyuarat diadakan secara bersemuka dengan jumlah kehadiran terhad dan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Walaupun beberapa program peringkat antarabangsa terpaksa dibatalkan susulan wabak Covid-19, kami masih meneruskan aktiviti sedunia secara dalam talian sejajar dengan visi ‘Suara Kemanusiaan Sejagat’.

“Misalnya dari Disember tahun lepas hingga Mac lalu, Pemuisi berjaya melaksanakan sepuluh program dalam talian dan secara bersemuka dan turut disertai beberapa peserta dari luar negara.

"Berita aktiviti kami juga disiarkan di media di Rusia melalui anggota kami di sana,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, selain 76 ahli Pemuisi di seluruh negara, persatuan itu mempunyai lebih 4,000 anggota termasuk dua di Rusia, sepuluh di Indonesia, lima di Singapura, enam di Thailand, dua di India dan seorang di Jordan.

“Ahli Pemuisi sendiri tidak ramai kerana keahlian kami berdasarkan jemputan,” jelasnya.

Sementara itu, penaung Pemuisi, Tan Sri Hamad Kama Piah Che’ Othman berharap, Pemuisi dapat meneruskan usaha menerbitkan kumpulan puisi karya ahlinya bagi menyemarakkan penciptaan puisi pelbagai tema dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Puisi merupakan rakaman peristiwa yang boleh disimpan sebagai rujukan jika subjek yang ditulis itu berfokus dan didasarkan kepada kejadian semasa yang berlaku di dunia,” katanya.

Berikut ialah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Pemuisi bagi sesi 2021-2023;

Penaung: Tan Sri Hamad Kama Piah Che’ Othman

Penasihat: Sasterawan Negara (SN) Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj Salleh

SN Datuk Dr. Anwar Ridhwan

SN Datuk Dr. Zurinah Hassan

SN Datuk Prof. Dr. Siti Zainon Ismail

Pengerusi Tetap: Syed Indera Syed Omar (Siso Kopratasa)

Timbalan Pengerusi Tetap: Ahmad Ramli

Presiden: Datuk Dr. Radzuan Ibrahim @ Wanrazuhar

Timbalan Presiden: Prof. Madya Dr. Norhayati Ab Rahman

Setiausaha Agung: Zalina Ahmad @ Zaleena E-naa

Penolong Setiausaha Agung: Marzelan Md Jusoh @ Perindu Seni

Bendahari: Wan Aziz Wan Hamzah

Penolong Bendahari: Datuk Mohd Radzuan Abdullah

Ahli Jawatankuasa: Mohamad Letfee Ahmad

Che' Su Deraman

Yuzailan Yunus

Maslinah Yusof

Iwan Harnain Maharnis @Dani

Mashanis Mohamad

Harlym Yeo Hock Lim (lantikan presiden)

Pemeriksa Kira-kira: Nor Asiya Nasir

Nur Mukhlisah Mohd Nawawi

-tamat-