Pilihan raya bukan medan perang: SPR

Paparan skrin kenyataan Azhar di laman mikro Twitter miliknya.
Paparan skrin kenyataan Azhar di laman mikro Twitter miliknya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua calon pilihan raya dan ahli parti politik diingatkan agar sentiasa berhemah dan menjaga adab.

Peringatan itu dikeluarkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun dipercayai merujuk kepada insiden Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang diserang selepas proses penamaan calon PRK Semenyih, hari ini.

"Saya ingin meminta semua calon dan ahli parti yang terlibat di dalam mana-mana mana pilihan raya untuk sentiasa berhemah dan mengikut arahan polis demi menjaga keselamatan pada setiap masa.

ARTIKEL BERKAITAN:

Syed Saddiq cuba dikasari ketika penamaan calon

Polis Selangor siasat semua penyerang Syed Saddiq

"Pilihan raya bukan medan perang. Mari kita semua tunjuk pada dunia bahawa kita beradab dan matang," katanya di laman Twitter hari ini.

Pagi tadi, Ketua Armada itu mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkang selepas tamat penamaan calon pada PRK tersebut.

Artikel Berkaitan:

Serangan provokasi itu didakwa berlaku sebaik beliau keluar dari Pusat Penamaan Calon PRK DUN Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Satu laporan polis berkaitan kejadian serangan itu dibuat oleh Syed Saddiq di Balai Polis Sungai Way pada jam 2 petang.

Video insiden provokasi berdurasi 22 saat itu, juga tular di media sosial yang menunjukkan Syed Saddiq yang dikawal ketat polis dibawa keluar dari kawasan berkenaan.