PKPD di Kampung Serpan Laut, Asajaya ditamatkan

PKPD di Kampung Serpan Laut di Asajaya ditamatkan lebih awal pada Isnin. - Foto Bernama
PKPD di Kampung Serpan Laut di Asajaya ditamatkan lebih awal pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Kampung Serpan Laut di Asajaya, kira-kira 35 kilometer dari sini, sejak 8 April lepas ditamatkan pada Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan pada Isnin menyatakan penamatan PKPD itu dibuat kerana tiada keputusan kes positif baharu pada ujian saringan kedua Covid-19 dalam kalangan penduduk kampung, serta tiada bukti jangkitan masih menular di kawasan tersebut.

PKPD di kawasan itu sepatutnya dilaksanakan sehingga 21 April.

Sementara itu, hari ini Sarawak merekodkan 351 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 20,352 kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes itu, seramai 16,452 orang atau 80.84 peratus telah pulih selepas 208 kes lagi yang dibenarkan didiscaj pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: