#RasuahBusters bergabung dengan lebih 100 'Coalition of the Willing'

Majlis pelancaran 100 Juta Langkah Menentang Rasuah dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.
Majlis pelancaran 100 Juta Langkah Menentang Rasuah dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan #RasuahBusters bergabung dengan lebih 100 rakan strategik terdiri daripada badan berwajib, badan bukan kerajaan (NGO) dan korporat untuk menggerakkan kempen membasmi budaya rasuah secara besar-besaran ke segenap lapisan masyarakat.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf dan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, Coalition of the Willing RasuahBusters itu akan berkongsi misi dan gerak kerja dalam kempen berkenaan.

Menurutnya, pasukan Rasuah Busters menyasarkan pelbagai sudut potensi kerjasama selagi ia membawa pensejajaran misi membawa Sinar Untuk Malaysia dengan mengangkat #NilaiMoralKarakterBangsa sebagai objektif kecemerlangan di negara ini.

“Rakan strategik kami bebas melaksanakan apa jua bentuk program dan aktiviti di peringkat organisasi masing-masing dan berkongsi maklumat untuk disebar luas kepada para sukarelawan serta masyarakat umum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Pengumuman Gabungan #RasuahBusters (Coalition of the Willing) dan Pelancaran Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Checkpoint Spot Sdn Bhd, Benjamin Yeow di Kompleks Karangkraf di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan: