X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa didakwa lakukan amang seksual terhadap anak

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak gadisnya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin.
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada empat anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini pada Isnin atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak gadisnya yang ketika itu berusia 13 tahun, pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 43 tahun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AKKSTKK 2017) yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak keduanya di sebuah rumah di Marang, di sini, antara jam 8 pagi hingga 6.30 petang pada Disember tahun lalu

Kedua-dua pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (d) AKKSTKK 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh disebabkan mangsa melibatkan anak kandungnya manakala mahkamah menetapkan 4 Mei depan bagi sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.