Perkhidmatan Awan, Keselamatan Siber permulaan baik tarik pelabur

Muhyiddin (dua, kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian dengan Panel Pengkomputeran Awam Berpusat Telekom Malaysia pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM untuk Kerajaan Malaysia di Pusat Data Teras Lembah Klang (KLVDC), Kompleks TM, hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin (dua, kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian dengan Panel Pengkomputeran Awam Berpusat Telekom Malaysia pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM untuk Kerajaan Malaysia di Pusat Data Teras Lembah Klang (KLVDC), Kompleks TM, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber Telekom Malaysia (TM) untuk kerajaan Malaysia yang dilancarkan pada Isnin menjadi permulaan amat baik bagi inisiatif MyDIGITAL untuk menarik pelaburan baharu sektor digital dari dalam serta luar negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Perdana Menteri, usaha itu juga selaras dengan sasaran kerajaan untuk menarik pelaburan tempatan dan luar negara bernilai RM70 bilion dalam sektor digital sehingga tahun 2030.

“Perkhidmatan Awan ini akan membolehkan rakyat Malaysia mengakses dan menikmati pengalaman sambungan yang lancar bagi menyokong gaya hidup lebih digital, masyarakat digital, perniagaan digital, industri digital dan kerajaan digital yang seiring dengan inisiatif MyDIGITAL,” katanya menerusi catatan terbaharu di Facebooknya.

Perkhidmatan berkenaan menyediakan keupayaan lengkap merangkumi perkhidmatan awan secara menyeluruh termasuk infrastruktur-sebagai-perkhidmatan, platform-sebagai-perkhidmatan, perisian-sebagai-perkhidmatan, perkhidmatan profesional awan serta perkhidmatan awan terurus bagi kerajaan.

Muhyiddin sebelum itu melancarkan Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM untuk kerajaan di Pusat Data Teras Lembah Kelang TM ONE (KVDC), Cyberjaya, yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

KVDC adalah sebuah ekosistem (pengkomputeran) Awan dan Keselamatan Siber milik TM ONE.

“Saya amat berbangga dengan keupayaan TM untuk menjadi satu-satunya syarikat Penyedia Perkhidmatan Awan (CSP) tempatan yang telah diberi kebenaran beroperasi di bawah inisiatif MyDIGITAL bersama tiga lagi CSP lain dari luar negara.

“Tahniah kepada pihak TM atas komitmen dan kesediaan dalam memainkan peranan utama dalam memacu transformasi digital Kerajaan di bawah inisiatif MyDIGITAL,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis sama, beliau menyaksikan pemeteraian perjanjian antara TM dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia dan Cloud Connect Sdn Bhd untuk Panel Pengkomputeran Awan Berpusat TM serta Penyedia Perkhidmatan Terurus TM.

Perdana menteri turut menyerahkan surat lantikan TM sebagai Penyedia Perkhidmatan Awan untuk kerajaan kepada Pengerusi TM, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, sebelum dibawa melawat KVDC yang mempamerkan ekosistem Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM ONE.

Inisiatif MyDIGITAL yang dilancarkan pada Februari lalu, antara lainnya menyaksikan kerajaan menyasarkan tahap produktiviti sektor ekonomi negara meningkat 30 peratus lebih tinggi berbanding semasa menjelang tahun 2030. - Bernama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Pagi ini saya telah melawat Pusat Data Teras Lembah Klang (KVDC) dan...

Posted by Muhyiddin Yassin on Sunday, April 11, 2021