Ahmad Zahid, Anwar perlu segera lapor polis: Hamzah

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin sekali lagi menggesa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim segera membuat laporan polis berhubung dakwaan penyebaran audio perbualan yang dikatakan mirip kedua-dua tokoh politik itu.

"Kamu nak marah dan suruh orang lain buat laporan polis pasal apa? Orang lain tidak tahu apa yang kamu cakapkan.

"Jadi, kamulah yang kena buat," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Wacana Meja Bulat bersama badan bukan kerajaan (NGO) Muslim di sini hari ini.

Beliau turut mempersoalkan aktiviti intipan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap Ahmad Zahid dan Anwar.

"Ada sesuatu yang mencurigakan, saya tak faham... satu, takut dengan perkara itu betul. Kalau betul kenapa tapping. Isunya apa? Saya tak faham," katanya mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu audio: Tun Faisal ajak Zahid lafaz sumpah laknat

Pada 7 April lalu, tular di laman sosial rakaman suara panggilan telefon berdurasi empat minit 17 saat mirip Anwar yang memuji ucapan Ahmad Zahid Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Bagaimanapun Ahmad Zahid dan Anwar menyangkal dakwaan penglibatan mereka dalam rakaman suara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, polis menerima lapan laporan di seluruh negara berhubung perkara itu.

Hamzah Zainuddin
Hamzah Zainuddin