Tiada bazar Ramadan di kawasan PKPD di Besut

Alias Razak
Alias Razak
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri mengesahkan tiada bazar Ramadan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Hulu Besut.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, ia sekali gus merungkai persoalan orang ramai mengenai status bazar Ramadan di kawasan berkenaan.

"Dalam kawasan PKPD yang diwartakan tidak ada bazar Ramadan yang terlibat. Ia berdasarkan rekod Majlis Daerah Besut (MDB) yang menunjukkan tiada peniaga dari kawasan PKPD berniaga di bazar Ramadan di kawasan itu.

"Penganjuran bazar Ramadan di daerah lain pula tidak terjejas dan akan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN Covid-19: Rutin 'mengeteh' punca Besut jadi Zon Merah

Media sebelum ini melaporkan Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan di Besut ekoran peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di daerah itu sejak akhir-akhir ini.

Berdasarkan laporan tersebut, cadangan pembatalan bazar Ramadan di Besut sebagai langkah bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di daerah berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan

Artikel Berkaitan:

PKPD di Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Hulu Besut berkuatkuasa 6 April lalu.

Sehingga kini, Kluster Beloah yang didaftarkan 6 April lalu merekodkan 72 kes kumulatif positif Covid-19 dengan 23 kes baharu pada Ahad.