X

Kindly register in order to view this article
!

Budak 3 tahun maut dirempuh kereta ketika lintas jalan

Keadaan kerosakan kereta jenis Perodua Kancil yang merempuh mangsa di lokasi (Mu'thal Assalami Ahmad, 3) - Foto: ihsan IPD Dungun
A
A

DUNGUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Kampung Wa (Ladang Kuda, Kampung Wa) di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dalam kemalangan pada jam 8.30 malam itu, mangsa Mu'thal Assalami Ahmad disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba sebelum dirempuh kereta jenis Perodua Kancil dipandu seorang wanita berusia 25 tahun yang datang dari arah Jerangau menghala ke arah Dungun.

"Kejadian berkenaan hanya dimaklumkan orang awam kepada polis, kira-kira jam 8.45 malam. Siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai berlari ke tengah jalan selepas tangannya terlepas daripada pegangan orang tuanya.

"Secara kebetulan datang sebuah kereta dipandu seorang wanita di lokasi itu dan mungkin disebabkan jarak terlalu hampir, dia tidak sempat mengelak sebelum merempuh mangsa.

"Akibat rempuhan itu, kanak-kanak terbabit tercampak dan mengalami kecederaan parah di kepala manakala pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!