X

Kindly register in order to view this article
!

Polis Marin rampas 156 karton arak seludup

Arak tanpa cukai yang dirampas dan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan.
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua lelaki dan merampas sejumlah 156 karton arak tidak bercukai pada Ahad.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, rampasan arak bernilai RM121,582 itu dilakukan menerusi serbuan di kawasan pesisir pantai Forest City, Tanjung Kupang di sini kira-kira jam 6.30 pagi.

Menurutnya, dalam pemantauan dilakukan di kawasan persisir pantai terbabit, pihaknya telah mengesan tiga buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan masuk ke kawasan Block G, Regalia Park, Forest City.

"Pemeriksaan ke atas tiga buah kenderaan terbabit telah dilakukan dan dua lelaki dewasa tempatan berusia 26 dan 30 tahun disyaki pemandu kenderaan tersebut telah ditahan.

"Bagaimanapun, dipercayai terdapat seorang suspek yang berjaya melarikan diri ketika serbuan memandangkan kawasan terbabit merupakan tempat letak kenderaan bertingkat. PPM Wilayah Dua sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Kenderaan yang digunakan untuk membawa arak tanpa cukai yang dirampas.
Kenderaan yang digunakan untuk membawa arak tanpa cukai yang dirampas.

Mengulas lanjut Muhd Zailani berkata, pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai ditemui diletakkan dibahagian tempat duduk belakang dan but belakang kenderaan.

"Jumlah keseluruhan rampasan arak dan tiga buah kenderaan dianggarkan berjumlah RM 381,582.

"Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua Johor untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!