Ribuan terjejas, Badai Seroja landa bandar Kalbarri

Gambar yang disiarkan pada Isnin menunjukkan sejumlah rumah kehilangan bumbung selepas diterbangkan siklon Badai Seroja di bandar Kalbarri, Australia Barat yang melanda pada malam Ahad. - Foto 7 News
Gambar yang disiarkan pada Isnin menunjukkan sejumlah rumah kehilangan bumbung selepas diterbangkan siklon Badai Seroja di bandar Kalbarri, Australia Barat yang melanda pada malam Ahad. - Foto 7 News
A
A
A

SYDNEY - Siklon Badai Seroja memusnahkan sejumlah rumah dan memutuskan bekalan elektrik untuk ribuan orang pada malam Ahad lalu setelah ia melanda bandar Kalbarri dengan membawa angin selaju 170 kilometer sejam sebelum menjadi lemah pada hari Isnin.

Bagaimanapun, Biro Meteorologi negara itu memberi amaran bahawa siklon itu akan terus membawa angin kencang dan hujan lebat selepas ia memusnahkan rumah-rumah manakala lebih 20,000 penduduk terjejas ekoran bekalan elektrik terputus pada jam 8 malam Ahad lalu.

Seorang penduduk, Ella Curis memberitahu stesen Radio ABC bahawa atap di rumah-rumah bandar Kalbarri diterbangkan angin kencang termasuk pub-pub dan balai polis.

Keluarganya sedang duduk di bilik makan di rumah saudara kandung lelakinya apabila atap kediaman jirannya tiba-tiba berterbangan memasuki rumahnya menerusi sebuah tingkap.

Seorang pegawai tinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Komisioner Darren KLemm berkata, sebanyak 70 peratus daripada bandar Kalbarri mengalami kerosakan akibat Badai Seroja.

Menurut seorang penduduk kepada sebuah akhbar Australia Barat bahawa beliau terpaksa berlindung di bilik pantri bersama isterinya yang hamil dan seekor anjing mereka.

Seorang wartawan untuk berita rangkaian televisyen Channel 9 di Kalbarri memberitahu, atap di balkoni rumahnya berterbangan akibat siklon tersebut.

Sebelum siklon itu melanda, Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan memberi amaran bahawa siklon tersebut akan melanda wilayah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Penduduk di kawasan sekitar 500 kilometer ke utara Perth juga diminta berpindah ketika Badai Seroja menuju ke arah kawasan tersebut. - Agensi