Covid-19: Kes ketiga dikesan di hotel kuarantin di New Zealand

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

BEIJING - Seorang pekerja di hotel kuarantin terkawal (MIQ) di Auckland, New Zealand, disahkan positif Covid-19 pada Ahad, kes ketiga berturut-turut membabitkan hotel kuarantin yang sama, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Minggu lalu, seorang pengawal keselamatan didapati positif manakala seorang petugas pembersihan disahkan dijangkiti virus itu pada 21 Mac.

Di wilayah Yunnan, China, dua kes Covid-19 telah dilaporkan kata suruhanjaya kesihatan wilayah itu pada Isnin.

Kedua-dua kes dikesan di sempadan bandar Ruili semasa pusingan ketiga kempen ujian asid nukleik di seluruh bandar.

Sementara itu, di Santiago, Kementerian Kesihatan Chile melaporkan 7,945 kes baharu dan 133 lagi kematian.

Jumlah kes terkumpul meningkat kepada 1,076,499, dengan 45,792 pesakit pada tahap aktif penyakit ini, manakala kematian meningkat menjadi 24,346.

Turki melaporkan 50,678 kes baharu, termasuk 2,548 pesakit simptomatik, menjadikan jumlah keseluruhan 3,849,011, menurut kementerian kesihatannya.

Angka kematian akibat virus di Turki meningkat 237 menjadikan jumlahnya 33,939 sementara jumlah pemulihan meningkat kepada 3,331,411 setelah 30,194 kes lagi pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

Artikel Berkaitan:

Kementerian Kesihatan Iraq pula melaporkan 6,791 kes baharu, meningkatkan jumlah jangkitan di seluruh negara kepada 924,946.

Kes baharu itu kebanyakannya dilaporkan di Baghdad sebanyak 2,447 kes, Basra (985),Sulaimaniyah (494), Wasit (439), dan Duhok (333), kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Wilayah terpadat di Kanada, Ottario dengan jumlah penduduk 14 juta pula melaporkan 4,456 kes baharu, jumlah harian tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu.

Laporan itu menjadikan keseluruhan kes sebanyak 386,608, termasuk 7,552 kematian dan 346,239 pemulihan.

Sehingga pagi Ahad, Kanada melaporkan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,058,530 termasuk 23,313 kematian dan 962,549 pemulihan, menurut CTV.

Di Muscat, Kementerian Kesihatan Oman mengumumkan 3,544 jangkitan baharu Covid-19 meningkatkan jumlah kes kepada 171,549, lapor Agensi Berita Oman.

Sementara itu, 2,815 orang pulih dalam tempoh 72 jam lalu, menjadikan keseluruhan pemulihan 152,784 dengan 29 kematian dilaporkan dalam tiga hari, menambah jumlah keseluruhan kepada 1,776, menurut kenyataan kementerian.

Kementerian Kesihatan Iran pula melaporkan 21,063 kes baharu, dengan jumlah jangkitan di negara ini ialah 2,070,141. Setakat ini, virus ini telah meragut 64,490 nyawa, meningkat 258 dalam 24 jam lalu, terakhir, kata jurucakap Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan Sima Sadat Lari semasa taklimat hariannya.

Di London, saintis Britain memberi amaran bahawa kerajaan mengundang gelombang ketiga Covid-19 apabila terlalu cepat melonggarkan sekatan pergerakan, lapor media tempatan.

"Daerah di Yorkshire Barat, dan beberapa wilayah lain masih mencatat kadar jangkitan yang tinggi. Namun, ramai penduduk di sana tidak mampu untuk mengasingkan diri. Kita perlu segera mengatasi masalah ini atau virus itu akan kembali," kata Profesor Madya sekolah perubatan Universiti Stephen Griffin. - Bernama