PGA gagalkan cubaan seludup peralatan, cecair vape ke Thailand

PGA Batalion 9 Kuala Terengganu gagalkan cubaan menyeludup peralatan dan cecair vape secara tidak sah ke Thailand apabila merampas barangan itu di pangkalan haram Awang Bunga, Kampung Limau Purut, Tanah Merah.
PGA Batalion 9 Kuala Terengganu gagalkan cubaan menyeludup peralatan dan cecair vape secara tidak sah ke Thailand apabila merampas barangan itu di pangkalan haram Awang Bunga, Kampung Limau Purut, Tanah Merah.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu menggagalkan cubaan menyeludup peralatan dan cecair vape secara tidak sah ke Thailand susulan berjaya merampas barangan itu di pangkalan haram Awang Bunga, Kampung Limau Purut, Tanah Merah pada Ahad.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, nilai rampasan kedua-dua barangan itu berjumlah RM310,360.

"Rampasan peralatan vape akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, botol-botol berisi cecair vape itu pula akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952.

Nor Azizan berkata, rampasan itu dilakukan pada jam 6.50 pagi hasil maklumat awam berkaitan aktiviti penyeludupan.

Katanya, sepasukan anggota PGA melakukan rondaan dan pemeriksaan di lokasi telah menjumpai beberapa kotak berwarna coklat berada di tepi sungai berhampiran pangkalan haram itu.

"Pemeriksaan awal ke atas kotak-kotak itu membawa kepada penemuan peralatan dan botol-botol berisi cecair vape.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua kotak kemudian dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Taman Bakti, Rantau Panjang untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Nor Azizan berkata, pemeriksaan lanjut keatas kotak-kotak itu membawa kepada penemuan 809 unit peralatan dan 2,780 botol cecair vape.