X

Kindly register in order to view this article
!

Ia sudah cukup jelas...

ZUL ARIFFIN
A
A

PELAKON Zul Ariffin enggan membuat kenyataan rasmi mengenai status hubungannya dengan wanita Ukraine, yang dikenali dengan nama Tanya Glembotska.

Bagaimanapun menurut aktor ini, gambar dan video sudah cukup jelas menggambarkan status sebenar hubungan mereka.

"Saya tak perlu buat kenyataan rasmi mengenai hubungan kami. Lagipun saya rasa gambar dan video sudah cukup menjawab persoalan orang ramai. Orang di luar sudah boleh berfikirlah," katanya mengulas mengenai wanita yang sudah dikaitkan dengannya sejak tahun lalu.

Ditanya mengenai namanya yang dicacah dijari oleh teman istimewanya itu dan panggilan suami di kapsyen gambar Instagram Tanya, Zul berkata, itu adalah hak gadis berkenaan untuk melakukan apa sahaja yang diinginkannya.

"Bagi saya dia nak panggil apa atau buat apa itu haknya. Ia tidak mengganggu saya dan asalkan tidak merosakkan karier saya.

"Malah apa yang dimuat naiknya pun saya tak pantau pun. Jadi bila kena kecam dengan makcik bawang di Malaysia, kau tanggunglah," jelasnya sambil berseloroh.

Mengulas mengenai kecaman orang ramai terhadap dirinya selepas gambar mereka sekali lagi tersebar, Zul berkata, dia tidak kisah dengan kecaman orang ramai dan masih menjalani kehidupan seperti biasa.

"Saya tak kisah kalau netizen nak ambil tahu hal saya, tapi dalam masa yang sama mereka nak mengutuk saya.

“Mereka buat macam itu ada dapat apa-apa keuntungan ke? Tidak kan...

"Walaupun dikecam saya tetap jalani hari-hari seperti biasa, masih sarapan minum kopi makan nasi goreng dalam suasana tenang. Mereka tidak jejaskan fokus saya dalam kerjaya," ujarnya.

Diusik dengan pertanyaan untuk mendirikan rumah tangga, Zul berkata, dengan usia yang bakal menginjak ke angka 33, tahun ini, dia sememangnya sudah lama bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun segala perancangan yang dibuat tidak kesampaian.

“Apa yang boleh saya janjikan, kalau saya berkahwin, saya tidak akan buat sorok-sorok dan maklumkan pada semua. Bagi saya cukuplah majlis itu berlangsung dalam suasana serba sederhana tapi cukup meriah,” akuinya.

Sebelum dikaitkan dengan Tanya, Zul terlebih dahulu menyulam cinta dengan pelakon Zahirah MacWilson namun hubungan mereka sudah pun terlerai pada Mac tahun lalu.

Hubungan rapat antara Zul dan Tanya mula dihidu netizen menerusi persamaan kemas kini foto sejak pelakon itu berkunjung ke Phuket, Thailand tahun lalu.

Tidak lama kemudian, Zul memberitahu media bahawa hubungannya dengan wanita itu hanya sekadar kawan baik, biarpun wanita itu turut berkongsi nama Zul yang dicacah di jarinya.

Terbaharu, foto mesra mereka bercuti bersama kembali tersebar apabila wanita itu memuat naik beberapa gambar mereka bersama. Ia secara tidak langsung membuat segelintir netizen Malaysia mula menyerang Tanya di laman sosial.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!