Peminat teruja nanti tayangan Frozen II

FROZEN II. Foto: WALT DISNEY
FROZEN II. Foto: WALT DISNEY
A
A
A

BIARPUN hanya berkongsi teaser trailer filem Frozen II, namun kebanyakan peminat di Malaysia sudah mula berkongsi keterujaan untuk menyaksikan filem yang bakal ditayangkan 27 November depan.

Malah teaser trailer filem terbitan Walt Disney Animation Studios ini sudah ditonton lebih 20 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada 13 Februari lalu.

Kali ini filem arahan Jennifer Lee dan Chris Buck ini dilihat lebih 'dark' dari naskhah terdahulu. Diterbitkan oleh Peter Del Vecho, filem kali ini menyaksikan gabungan suara Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff dan Josh Gad.

FROZEN II. Foto: WALT DISNEY
FROZEN II. Foto: WALT DISNEY

Filem Frozen yang ditayangkan pada tahun 2013 mencetus fenomena di seluruh dunia. Filem berkenaan turut memenangi Academy Award bagi kategori filem terbaik. Lagu 'berhantu' Let It Go, ciptaan Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez, turut memenangi anugerah Oscar bagi Pencapaian Terbaik dalam Penulisan Muzik untuk motion picture, original song.

Artikel Berkaitan: