Agihan kerusi: Pas Pahang tidak berunding dengan UMNO, Bersatu

Mohd Tarmizi
Mohd Tarmizi
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Pas Pahang mengesahkan tiada sebarang rundingan pembahagian kerusi samada dengan UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umun ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangannya, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, sebaliknya Pas sedang memperkuat serta memperkukuh permuafakatan dan sebarang keputusan pengagihan kerusi PRU15 hanya akan diputuskan oleh Pas pusat.

"Isu agihan kerusi kita serah kepada kepimpinan Pas Pusat. Apa sahaja keputusan pusat akan ditaati dan diikuti Pas Pahang.

"Kita di peringkat negeri pun, tiada perbincangan konkrit mengenai perkara itu sama ada dengan UMNO atau Bersatu," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pada malam Ahad, tular mengenai pelancaran jentera Muafakat Nasional Maran di laman sosial Facebook.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohd Tarmizi berkata, setakat ini hanya kawasan Maran yang melaksanakan pelancaran jentera.

Bagaimanapun katanya, kawasan-kawasan lain di negeri ini masih belum memutuskan mengenai perkara berkenaan.

"Ini adalah pelancaran jentera Muafakat Nasional yang biasa, bukan perkara baru tetapi pelancaran ini menunjukan kedua-dua akar umbi menolak sebarang jajaran baharu selepas PRU15.

Artikel Berkaitan:

"Pas dan UMNO di Pahang komited memperkukuhkan penyatuan ummah. Disebabkan itu kita sentiasa bersama-sama," katanya.