Tiga tersepit, seorang maut kereta langgar treler

Keadaan treler dan MPV yang terbabit dalam nahas di Kilometer 310.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini pada Isnin.
Keadaan treler dan MPV yang terbabit dalam nahas di Kilometer 310.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini pada Isnin.
A
A
A

GOPENG - Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 310.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini pada Isnin.

Mangsa, Kyauk Khae, 42, warga Myanmar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki bersama dua lagi rakan senegara melanggar bahagian belakang sebuah treler.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng pada jam 6.01 pagi selepas ketiga-tiga warga Myanmar terbabit tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, seorang daripada mereka yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di lokasi kejadian.

"Dua lagi rakannya yang duduk di bahagian pemandu dan penumpang belakang mengalami cedera parah," katanya.

Menurutnya, keadaan MPV remuk teruk di bahagian hadapan dan anggota menggunakan 'hydraulic spreader' dan 'telescopic ram' bagi membantu kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis dan mereka yang cedera dibawa untuk rawatan lanjut.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.04 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: