Ramadan di Mesir, Lubnan bermula esok

Umat Islam di Mesir akan memulakan bulan Ramadan pada Selasa selepas anak bulan tidak kelihatan pada Ahad. - Foto AFP
Umat Islam di Mesir akan memulakan bulan Ramadan pada Selasa selepas anak bulan tidak kelihatan pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Bulan Ramadan di Mesir dan Lubnan akan bermula pada Selasa ini, kata pihak berkuasa agama di kedua-dua negara tersebut pada Ahad.

"Hari pertama Ramadan ialah pada 13 April ini," kata Dar al-Ifta iaitu institusi yang mengeluarkan fatwa agama di Mesir.

Di Lubnan pula, Mufti tertinggi di negara itu, Sheikh Abdellatif Deryan turut mengesahkan bulan Ramadan akan bermula pada hari Selasa.

Permulaan bulan Ramadan adalah berdasarkan kepada pengiraan dan penglihatan anak bulan yang menentukan sama ada umat Islam akan berpuasa selama sebulan atau hanya selama 29 hari sahaja.

Menurut AFP, Arab Saudi menyatakan anak bulan tidak kelihatan pada hari Ahad dan sebuah jawatankuasa agama akan bertemu semula pada Isnin malam untuk menentukan tarikh bulan Ramadan tahun ini.

Berikutan pandemik Covid-19, kebanyakan negara-negara Islam telah melaksanakan sekatan yang ketat termasuk perintah berkurung dan ada yang menyebabkan solat sunat Tarawih diadakan di rumah masing-masing. - Agensi

Artikel Berkaitan: