Pemandu lori maut nahas libatkan tiga kenderaan

Keadaan dua buah lori yang terlibat dalam kemalangan di KM8,Jalan Lipis-Raub di sini yang meragut nyawa seorang pemandu pada awal pagi Isnin.
Keadaan dua buah lori yang terlibat dalam kemalangan di KM8,Jalan Lipis-Raub di sini yang meragut nyawa seorang pemandu pada awal pagi Isnin.
A
A
A

LIPIS - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 8, Jalan Lipis-Raub di sini, pada awal pagi Isnin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Kharul Izwan Zamri, 25 beralamat dari Bachok, Kelantan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kelindan lori yang membawa bekalan ubatan berusia 31 tahun hanya cedera ringan.

Menurutnya, pemandu dan kelindan sebuah lagi lori berusia 55 dan 20 tahun parah manakala pemandu kereta yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori tiga tan jenis Isuzu dipandu mangsa dan sebuah kereta jenis Nissan Sentra dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menghala ke Benta manakala sebuah lagi lori tanpa muatan dari arah bertentangan.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, lori satu tan tanpa muatan itu dipercayai termasuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan kereta tersebut sebelum bertembung dengan lori dipandu mangsa.

"Ekoran kejadian, dua pemandu lori dan seorang kelindan mengalami kecederaan parah. Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Lipis untuk menerima rawatan namun salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia ketika dirawat unit kecemasan hospital berkenaan," katanya.

Tambah beliau, kemalangan awal pagi meragut nyawa pemandu lori itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: