X

Kindly register in order to view this article
!

PH perlu jauhi Tun M, parti Pejuang

Tun Dr Mahathir Mohamad (Gambar kecil: Wan Fauzuldin)
A
A

KUANTAN - Pakatan Harapan (PH) perlu menjauhi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi mengelak perpecahan seperti sebelum ini.

Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, pendirian itu dibuat bagi memastikan PH mampu berdiri sendiri dan tidak lagi bergantung kepada Tun Mahathir dalam usaha menawan semula pentadbiran negara.

"Justeru, PH perlu bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama antara tiga parti iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tanpa mengharapkan serta bergantung kepada Tun Dr Mahathir.

"Bahkan PH juga wajar menjauhkan diri dari Tun Dr Mahathir dan kita perlu ingat bahawa pemimpin itu sudah menjelaskan bahawa penubuhan Pejuang tiada kaitan dengan PH," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Majoriti ahli akar umbi PKR Pahang menolak semua bentuk kerjasama dengan Tun Dr Mahathir dan semua sebulat suara telah meluluskan usul itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap cabang PKR yang diadakan sejak awal April lalu.

Sebelum ini, Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir semasa menubuhkan parti itu membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan PH.

Mengulas lanjut perkara itu, Wan Fauzuldin berkata, parti perjuang lansung tidak akan memperkuatkan PH.

"Parti seperti ini akan menjadi 'api dalam sekam', jadi PH tidak berminat lagi untuk bekerjasama dengan beliau (Tun Dr Mahathir) sebab akar umbi pun sudah meluluskan usul," katanya.

Beliau berkata, penolakan secara total kesemua Cabang di Pahang terhadap Tun Dr Mahathir dan Pejuang amat membanggakan.

Jelasnya, ini mencerminkan sikap berani semua akar umbi di semua Cabang di Pahang.

"Kita harapkan penolakan ini dicontohi kesemua 222 Cabang di seluruh negara," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!