Penyudah kurang tajam punca Bos Gaurus tumbang

Pergerakan penyerang Perak, Guilherme De Paula dikawal ketat pertahanan Selangor pada perlawanan berkenaan. - Foto FB Selangor FC
Pergerakan penyerang Perak, Guilherme De Paula dikawal ketat pertahanan Selangor pada perlawanan berkenaan. - Foto FB Selangor FC
A
A
A

KEGAGALAN menjaringkan gol ketika berdepan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kekalahan 1-3 Perak FC.

Perkara tu ditegaskan Penolong Jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil berikutan skuad The Bos Gaurus itu dilihat memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan terutamanya pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun menurutnya, peluang diperolehi gagal disempurnakan disempurnakan oleh pemain skuad Kejor Yeop Skor itu.

“Pemain agak bergelut menyebabkan pasukan ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama. Bagaimanapun pemain dilihat mula mendapat rentak pada separuh masa kedua serta turut mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal disempurnakan.

“Pada separuh masa kedua, kita buat sedikit perubahan dari segi taktikal dan corak permainan pasukan mula dilihat berubah. Bagaimanapun, ada tidak ada sebarang gol yang berjaya dihasilkan; namun saya percaya, jika jaringan dapat dihasilkan, keputusan perlawanan mungkin akan berubah,” katanya pada Sabtu.

Pada perlawanan itu, Selangor FC mengatasi Perak 3-1 hasil jaringan hatrik penyerang import, Ifedayo Olusegun pada minit ketujuh, (31') dan (71') manakala gol tunggal Perak FC dijaringkan Mohammad Farid Khazali pada masa kecederaan.

Kekalahan keempat selepas mengharungi lapan perlawanan itu menyaksikan Perak kini mengumpul lapan mata manakala Selangor pula 11 mata.

Sementara itu, Mohd Shahril Nizam berkata, Perak FC akan melakukan persiapan rapi menjelang aksi berdepan Kedah Darul Aman FC pada 17 April ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, skuad The Bos Gaurus itu tidak boleh lagi keciciran sebarang mata selepas ini agar tidak ketinggalan terlalu jauh dengan pasukan lain.

“Kita akan lakukan persiapan terbaik dengan percaturan taktikal daripada ketua jurulatih untuk berdepan Kedah Darul Aman nanti,” katanya.