Mat motor kini buat duit dan kebajikan

Foto Fail Sinar Harian
Foto Fail Sinar Harian
A
A
A

MERAK Jalanan kagum dengan kesungguhan anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan dan barangan pelanggan.

Mereka bersungguh-sungguh berhujan, berpanas untuk memastikan pesanan pelanggan tiba dengan segera.

Walaupun berdepan dengan bahaya, ia diketepikan demi mencari rezeki yang halal.

Bagi yang ‘super᾿ rajin, mereka akan memperoleh pendapatan lumayan dan ada juga mengatasi pendapatan graduan universiti yang bekerja di pejabat dalam pendingin hawa.

Rider-rider ini juga tekun dengan tugas masing-masing bagi memastikan pendapatan diperoleh pada hari itu meningkat berbanding hari sebelumnya.

Sebenarnya, Merak Jalanan perhatikan anak muda kita terutamanya mat rempit bukanlah haprak seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Mereka sebenarnya tidak diberikan peluang pekerjaan yang sesuai dengan keupayaan menyebabkan ramai yang terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti lumba haram dan sebagainya.

Apabila sudah mempunyai pekerjaan yang menjanjikan pendapatan setimpal dengan kudrat, mereka pasti dapat melakukannya dengan bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

Dan ketika ini kita dapat lihat masalah sosial melibatkan golongan berkenaan tidak lagi menjadi tajuk utama akhbar dan portal berita.

Malah mereka menjadi contoh kepada akhlak kebaikan seperti membantu pemandu menolak kereta rosak, membantu mangsa kemalangan, jujur dengan memulangkan dompet tercicir dan bermacam-macam lagi kebaikan.

Oleh itu, Merak Jalanan amat berharap agar kerajaan dapat melihat sektor ini sebagai keutamaan pada masa depan.

Ia termasuklah dalam soal bantuan untuk meningkatkan pendapatan dan juga perkembangan kerjaya.

Dengan bantuan tersebut, ia sekurang-kurangnya dapat menjadikan mereka antara penyumbang terpenting ekonomi negara.