Masyarakat jadi pemberi maklumat

Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga dalam meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang bahaya rasuah. Gambar kecil: Haziq Hafiz
Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga dalam meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang bahaya rasuah. Gambar kecil: Haziq Hafiz
A
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga dalam meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang bahaya rasuah.

Pengerusi Kelab UMNO Medan, Haziq Hafiz Himas berkata, orang awam perlu menjadi pemberi maklumat dalam memastikan jenayah rasuah tidak berleluasa dalam kalangan penjawat awam.

“Pihak berwajib juga mesti mengambil tindakan yang serius jika menerima laporan daripada orang awam berkenaan jenayah rasuah yang berlaku.

“Tidak boleh pilih bulu, pilih kasih walaupun sekecil-kecil rasuah dan jangan melihat kepada siapa yang melaporkan tetapi pandang kepada apa yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Haziq Hafiz berkata, jenayah rasuah yang berlaku dalam negara kita ibarat seperti penyakit berjangkit.

“Ia boleh berlaku di mana sahaja tanpa mengira umur, pangkat dan darjat seseorang.

“Sehinggakan golongan yang berilmu, ahli akademik sekali pun boleh terlibat dalam jenayah rasuah,” ujarnya.

Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab masyarakat untuk membantu merawat ketagihan rasuah dalam melahirkan masyarakat dan negara yang bebas jenayah itu.

Artikel Berkaitan: