X

Kindly register in order to view this article
!

Barcelona bimbang Messi angkat kaki

Reaksi kecewa Messi selepas Barcelona tewas kepada Real Madrid pada aksi La Liga di Stadium Alfredo di Stefano. - Foto EPA
A
A

KEKALAHAN 1-2 Barcelona kepada Real Madrid dalam aksi La Liga pada awal pagi Ahad mengundang risiko pemain bintangnya Lionel Messi angkat kaki daripada kelab tersebut.

Pengarah Barcelona, Guillermo Amor mengakui bimbang dengan kemungkinan tersebut apatah lagi Messi masih belum menandatangani sebarang kontrak baharu bersama Barcelona.

“Kami berharap dia (Messi) tidak akan menjadikan kekalahan ini sebagai antara faktor dia mahu meninggalkan pasukan. Kami mahu dia kekal di Barcelona dan bermain lebih banyak perlawanan Clasico.

“Sudah tentu kami akan terus memujuk dia untuk kekal di sini kerana dia pemain penting buat pasukan. Mungkin ketika ini pasukan sedang terumbang ambing dengan dua kekalahan berturut-turut kepada Real musim ini. Tetapi kami sedang dalam proses untuk mencipta kebangkitan,” katanya.

Messi kelihatan sangat kecewa selepas tewas dalam perlawanan tersebut sekali gus khabar angin kembali berlegar kemungkinan pemain kelahiran Argentina itu akan meninggalkan Barcelona.

Pemenang enam kali Ballon d'Or itu juga masih belum menandatangani kontrak baharu bersama kelab Catalan itu walaupun kontraknya akan berakhir bulan depan.

Untuk rekod, Messi telah kemarau gol dalam tujuh perlawanan terakhir El Clasico dengan kali terakhir dia menjaringkan gol ketika menentang Real adalah pada Mei 2018.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!