Sila log masuk terlebih dahulu.

Jika anda terlepas berita minggu ini

11 April 2021 | #ICYMI
A
A
A

Ini antara berita yang mungkin anda terlepas minggu ini.

1. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman rampas sebanyak 650kg dadah jenis Captagon bernilai RM221,85 juta dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Selasa.

2. Sindiket kartel tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion dikatakan monopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara.

3. Satu rakaman audio perbualan telefon mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar di media sosial cetuskan kontroversi baharu.

4. Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah letak jawatan sebagai ahli Perbadanan SME Corp, agensi Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).

5. Ramadan tahun ini akan kembali meriah apabila kerajaan benarkan aktiviti perniagaan bazar Ramadan dan umat Islam dapat tunaikan solat tarawih di masjid serta surau.

Bagaimanapun, penganjuran Madinah Ramadan, bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri Kelantan pada tahun ini dibatalkan.

Muzik: https://artlist.io