Maut kereta dipandu bapa terbabas

MPV remuk teruk selepas terbabas dalam kejadian di KM124.0 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan petang Sabtu.
MPV remuk teruk selepas terbabas dalam kejadian di KM124.0 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan petang Sabtu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas kereta pelbagai guna (MPV) yang dipandu bapanya terbabas akibat tayar pecah dalam kejadian di KM124.0 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini petang Sabtu.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Iman Naufal Mohd Firdaus mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala dua kakak dan ibunya yang turut berada dalam kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan ketika kejadian mereka sekeluarga dalam perjalanan menuju ke Perlis bagi melawat ahli keluarga yang sakit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tayar belakang sebelah kiri kereta jenis Nissan Grand Livina itu tiba-tiba pecah menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum merempuh bahagian tengah besi penghadang lebuhraya.

"Akibat kejadian itu, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: