Alvin Goh akan dituduh esok

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suspek Macau Scam, Goh Leong Yeong@Alvin Goh dan adiknya, Goh Yeong Hui akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Mereka berdepan dengan tujuh pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) iaitu menerima wang sejumlah RM 2.14 juta hasil aktiviti haram pada September 2019 sehingga November 2019.

Pertuduhan ini berkaitan tangkapan beratus warga China di Cyberjaya.

Sebelum ini, Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bahagian Pencegahan Akta Anti Pemerdagangan orang dan penyeludupan migran (ATIPSOM) dan AMLA, Jabatan Imigresen Malaysia telah menjalankan siasatan AMLA dan menyita RM 482,508.19 kepunyaan syarikat Alvin Goh.

Syarikat Alvin Goh didapati membenarkan imigran larangan berada di premis miliknya dan menjalankan aktiviti berkaitan scam online.

Kedua-dua adik beradik ini juga akan dituduh di Mahkamah pendatang asing tanpa izin (PATI) Semenyih pada hari yang sama di bawah Sek 55E Akta Imigresen 1959/63.

ARTIKEL BERKAITAN: Addy Kanna, Alvin Goh antara empat ditahan bawah POCA

Alvin Goh 'panjat pagar SPRM' kekal dalam tahanan polis

Artikel Berkaitan:

Alvin Macau Scam akhirnya kena cekup

Alvin dan seorang lagi individu iaitu Addy Kanna ditahan pada 2 dan 3 Oktober tahun lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua suspek dipercayai menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang menyasarkan mangsa di China dan bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.

Pada 30 November tahun sama, Alvin bersama Addy dan dua lagi anggota polis dikenakan tahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.