X

Kindly register in order to view this article
!

Saringan Covid-19 di Hulu Besut diperluas

Dr Nor Azimi Yunus
A
A

BESUT - Pelaksanaan saringan Covid-19 diperluas ke dua lagi kampung yang terletak berhampiran kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hulu Besut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, saringan yang dilaksanakan sejak Sabtu itu membabitkan Kampung Pak Sik dan Felcra Keruak berhampiran Kampung Belaoh, Kampung Keruak serta Kampung Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Belaoh Baru yang dikenakan PKPD sejak Rabu lepas susulan kewujudan Kluster Belaoh.

“Seramai 1,094 penduduk dari dua kampung berkenaan terlibat dalam ujian saringan kali ini kerana sudah ada percampuran (penduduk) antara mereka dengan tiga kampung yang dikenakan PKPD,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses saringan Covid-19 di Sekolah Kebangsaan (SK) Keruak pada Ahad.

Dr Nor Azimi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pertambahan kes positif dari lima kampung terbabit adalah susulan saringan yang sedang giat dilaksanakan.

“Terengganu kini mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.53 sedangkan dua minggu lepas, kita merupakan yang terendah iaitu 0.53 sahaja,” katanya.

Kluster Belaoh yang didaftarkan pada 6 April lepas adalah kluster komuniti melibatkan daerah Besut dan Marang di Terengganu serta Bachok di Kelantan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!