X

Kindly register in order to view this article
!

Hukuman penjara 5 tahun, sebatan bapa cabul anak kekal

Tertuduh (tengah) dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pada Ahad.
A
A

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap seorang lelaki atas kesalahan mencabul anak kandungnya yang berusia 4 tahun dalam kejadian di Felda Tersat, Ajil, Hulu Terengganu tujuh tahun lalu.

Hakim, Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tertuduh berusia 46 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Majistret, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 2019.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan anaknya yang ketika itu berusia 4 tahun dalam kejadian pada 9 hingga 10 Mei 2014 antara jam 10.40 pagi hingga 6.20 petang.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah bercerai dengan ibu mangsa dan diberi kebenaran untuk tinggal bersama mangsa dua kali dalam sebulan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, M Lishantini manakala tertuduh diwakili peguam daripada firma guaman Asyraf, Vivek & Wee.