Kontena bawa kayu sawn timber dari Australia, Hungary ditahan

kayu sawn timber sebanyak 83.966 Meter Kubik (MTQ) dianggarkan bernilai RM500,191 dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi syarat import yang telah sah seperti ditetapkan.
kayu sawn timber sebanyak 83.966 Meter Kubik (MTQ) dianggarkan bernilai RM500,191 dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi syarat import yang telah sah seperti ditetapkan.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk kayu spesis sawn timber di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini petang Sabtu.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Noriah Dahlan berkata, tiga kontena muatan kayu terbabit yang diimport dari Australia dan Hungary dikesan semasa pemeriksaan rutin dilakukan oleh pegawainya kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, kayu sawn timber sebanyak 83.966 Meter Kubik (MTQ) dianggarkan bernilai RM500,191 dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi syarat import yang telah sah seperti ditetapkan.

Kayu jenis swan timber dari Australia dan Hungary dirampas selepas gagal mematuhi syarat permit import.
Kayu jenis swan timber dari Australia dan Hungary dirampas selepas gagal mematuhi syarat permit import.

"Kegagalan mematuhi piawaian ditetapkan pada syarat permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011[Akta 728].

"Jika sabit kesalahan pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Noriah berkata, kesemua barang dagangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: