Kes terus meningkat, 1,739 dilapor positif Covid-19

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 di seluruh negara pada hari ini mencatatkan 1,739 kes dengan lapan kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 1,731 adalah penularan tempatan, manakala lapan lagi adalah kes import.

“Kes sembuh pula adalah 1,216 menjadikan jumlah kumulatif 343,953,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19.

“Pada masa ini, terdapat 183 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 81 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiga negeri mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu Selangor dengan 535 kes, diikuti Sarawak (443) dan Sabah (127).

Mengenai kes kematian hari ini beliau berkata, ia melibatkan empat di Selangor, dua di Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Sabah dan Johor, dengan umur antara 57 dan 78 tahun.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, lapan kluster baharu turut dikenal pasti membabitkan lima kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Kluster tempat kerja adalah Jalan Kasawari dan Jalan Desaria di Selangor; Jalan Bambangan dan Jalan Badarudin di Sarawak; serta Jalan Zainab di Kelantan.

Bagi kluster komuniti pula, Nanga Kelangas dan Abak Bon di Sarawak, serta kluster Meruntum di Sabah. - Bernama

Sehingga 11 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 1,739 kes (360,856 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 535 (120,055)

Sabah - 127 (55,797)

Johor - 67 (42,307)

WP KL - 96 (38,865)

Sarawak - 443 (20,001) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 11, 2021